Ipsis Uitm Coursework Meaning

salam malam..


alhamdulillah.. mis ade kesempatan lagi nak update blog. :) blog post kali ni berkaitan dengan pertanyaan seorang pembaca saye terhadap MBA UiTM. tq kerana sudi membaca.

soklan yang dikemukan beliau x perlu rasenye saya tulis. sekadar mahu menjawab secara general je eh.

APPLICATION >>

ok, untuk MBA UiTM, cara kemasukan dia bermula dengan ONLINE APPLICATION. sebelum nak wat application ni, kamu haruslah beli pin di BSN (macam nak apply UPU, MATRIKULASI) sebelum mengisi borang di http://www.ipsis.uitm.edu.my/.

MODE >>

kalau borang ni pulak, MBA terbahagi kepada dua iaitu research dan coursework mode. research mode adalah mod penyelidikan yang dapat dihabiskan dalam masa 1.5 tahun (minimum) dan selalunye minimum jangka masa yang selalu pelajar dapat lakukan adalah 2 tahun. untuk research mode ni dinamakan MASTER OF SCIENCE IN BUSINESS MANAGEMENT. mod research membolehkan anda untuk bekerja kerana seminar selalunye pada hari minggu dan tiada kelas, cuma anda perlu berjumpa dengan advisor (pensyarah bertugas meneliti hasil kerja penyelidikan anda).

bagi coursework (kerja kursus) selalunya pelajar dapat buat dalam masa 1.5 tahun (3 sem) - full time. bagi pelajar yang bukan aliran business, mereka perlu membuat MBA coursework dalam mase 2 tahun (4 sem - iaitu 1 sem mewakili foundation sem). coursework boleh dibuat sama ada full time atau part time. full time agak sibuk. kelas penuh. esemen banyak dan agak menensenkan. kalau part time ade dua; evening track dan weekend. part time selalunya dihabiskan dalam masa 2 tahun. yang ni saye kurang arif sebab ade syarat2 yang ditetapkan. kamu perlu menelefon untuk bertanye. jangan anggap benda ni remeh sebab ada rakan2 yang sudah ke sem 2, mahu tukar part time mode kerana kekangan masa dan sebagainya. nak tukar mode part time bukannya mudah. telefonla ke ipsis untuk tahu lebih lanjut supaya kamu buat keputusan yang lebih bijak nanti.

Interview >>

nak masuk MBA memang ade interview baik research atau coursework mode. kemasukan pelajar sebenarnye ditentukan oleh interview tersebut dan juga jumlah kemasukan yang dibenarkan untuk sem tersebut. semasa batch saya, memang agak ramai kemasukan, dan selepas kami, kemasukan junior adalah limited / sedikit. semakin sedikit kemasukan, semakin susahla nak dapat MBA. untuk interview, kamu hendaklah sedikit alert dengan masa interview tersebut, kerana UiTM hanya memberi 1 mesej sahaja yang memerlukan anda datang untuk ditemuduga tanpa memberitahu bila masanya. selalunya interview bermula seawal pukul 8 pagi. selepas ditemuduga, kamu akan dapat keputusan dalam masa seminggu secara online.

PINJAMAN / BIASISWA untuk coursework >>

bagi masalah kewangan, kamu boleh apply PTPTN. MARA untuk MBA memang tiada untuk universiti awam, mereka hanya beri kepada universiti swasta. JPA boleh diminta jika anda pemegang biasiswa mereka dahulu. biasiswa kerajaan juga boleh diminta iaitu MYBRAIN 15. tapi biasiswa ini agak susah nak dapat kerana selalunya diberi keutamaan kepada research mode. jika berminat untuk jadi pensyarah, boleh minta biasiswa TPM (TENAGA PENAGAJAR MUDA) semasa belajar nanti.

SKIM / KERJA semasa belajar >>

untuk full time coursework, agak susah nak bekerja sambil belajar kerana sangat sibuk. tapi ada pelajar yang mengambil SKIM KHIDMAT PELAJAR dan RESEARCH ASSISTANT. saya sarankan kamu cuba untuk memilih selain dari MBA full time, mungkin boleh ambil part time.

YURAN >>

anggaran yuran satu sem MBA adalah RM2000 ++. ini adalah full time. untuk part time mod, kurang sedikit sebab subjek yang diambil pon kurang setiap sem.

p/s: GOOD LUCK! :)

У Мидж отвисла челюсть. - Извините, сэр… Бринкерхофф уже шел к двери, но Мидж точно прилипла к месту. - Я с вами попрощался, мисс Милкен, - холодно сказал Фонтейн.  - Я вас ни в чем не виню. - Но, сэр… - заикаясь выдавила .

0 thoughts on “Ipsis Uitm Coursework Meaning”

    -->

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *